• Laman PEKDIS Mersing yang baru
Oleh Pekdis Mersing on 11/09/2008

 Laman ini sudah menjadi laman klasik bagi PEKDIS Mersing. Laman ini tidak akan ditutup buat masa terdekat. Laman web Pekdis Mersing kini bertukar ke bentuk portal di alamat www.pekdismersing.com.


•  Ramadan Dekat Di Hati
Oleh Pekdis Mersing on 08/30/2008
 


Ramadan datang lagi. Syukur kehadrat Allah kerana mempertemukan kita lagi dengan Ramadan.

Ini adalah contoh bahan yang boleh digunakan sebagai satu cara dakwah kepada pelajar dan juga keluarganya.

Mungkin kita boleh buat dalam bentuk kad ucapan ataupun penanda buku dan diberikan kepada semua pelajar dan staf sekolah.

Salam Ramadan

Gambar adalah hiasan. Design Tag di sebelah adalah sumbangan J/K Dakwah SK Tenggaroh 3.

 Jika anda ada sebarang cadangan tentang aktiviti sepanjang bulan Ramadan sila emel kami atau masuk  ke menu HANTAR ARTIKEL. Insya-Allah kami akan siarkan pendapat atau cadangan anda.

Laman Web Pekdis Mersing boleh dilayari melalui alamat http://dakwahmersing.page.tl atau http://pekdismersing.tl.my



 

 

 









































 • Portal Dakwah2U 
Oleh Pekdis Mersing on 08/26/2008

 

Unit Dakwah dan Kerohanian, Sektor Pendidikan Islam dan Moral, JPNJ kini telah mempunyai portalnya sendiri. Ayuh ramai-ramai kita lawati dan manfaatkan kandungannya.

 

 

•  Kerana Lidah 
Oleh Ambe on 08/25/2008

 

Kita mungkin pernah mendengar ungkapan-ungkapan sepert 'lidah tidak bertulang' atau lidah itu lebih tajam daripada pedang. Daripada ungkapan-ungkapan itu nyatalah tugas lidah atau tutur kata amat besar dalam hidup manusia. Kesan terlanjur cakap tidak kurang yang tergadai maruah dan kerana mulut atau tutur kata juga menjadikan badan binasa.

Jika kita merenung tentang kejadian alam ciptaan Allah s.w.t nyatalah terdapat pelbagai keanehan dan perkara-perkara pelik yang dapat kita saksikan yang mana itu semua sebagai tanda tentang keagungan dan keesaaan Allah s.w.t.

Di antara keanehan keanehan itulah kita temui lidah. Ia adalah daging berbentuk kecil dan lembut yang terlindung di dalam mulut. Lidah juga termasuk daripada anugerah Allah Yang Maha Besar yang amat mustahak sebagai penghubung antara satu sama lain, menerusi percakapan mahu pun untuk mencapai keredaan Tuhan.

Lidah jugalah yang boleh menyebabkan manusia itu terjerumus ke dalam api neraka.

bacalah...

 

•  Pesanan Sesama Insan 
Oleh Pekdis Mersing on 07/05/2008
 

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan murid-muridnya. Lalu Imam Al-Ghazali bertanya...

"Apa yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?".Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman dan kerabatnya.

Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji Allah SWT bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pada hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka sesungguhnya ia telah berjaya. Dan (ingatlah bahawa) kehidupan di dunia ini (meliputi segala kemewahannya dan pangkat kebesarannya) tidak lain hanyalah kesenangan bagi orang-orang yang terpedaya." ( Surah Ali Imran 185 )

Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. " Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?"


bacalah...




..:: Muat Turun Terbaru ::.. 

 ... lihat senarai muat turun ... 


PEKDIS MERSING - Ruang perkongsian maklumat dan bahan dakwah guru-guru Pendidikan Islam Daerah Mersing

 

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus.”
(Al-Isra: 9)
Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam
" SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BERERTI "


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-51
" PERPADUAN TERAS KEJAYAAN "
Wujud Sejak
19 April 2008

Tarikh kemaskini
30 Ogos 2008
 
Today, there have been 3 visitors (10 hits) on this page!
© Pekdis Mersing 2008 : DEDIKASI UNTUK ANAK BANGSA This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free