..:: Renungkan Dengan Mata Hati...Nescaya Kan Ketemu Hikmah Tersembunyi ..::
Pelajar Cacat Penglihatan Terima Anugerah Khas Pertandingan Lukisan Malaysia-Jepun
Oleh Siti Jumaayah Abdol Samat on 06/26/2008 at 1:58am (UTC)
 PULAU PINANG, 25 Jun (Bernama) -- Cacat penglihatan tidak menghalang Alfa Nur Aini Erman Efendi daripada menghasilkan lukisan bermutu hingga mendapat pengiktirafan antarabangsa.

Pelajar Tingkatan Lima SMK (P) St Georges itu membuktikan bahawa bakat yang dimilikinya itu mampu memenangi hati juri pertandingan dan pameran lukisan sempena program pertukaran lukisan pelajar-pelajar Malaysia-Jepun tahun ini.

Lukisan Alfa bertemakan "Fish", diumumkan sebagai pemenang hadiah khas "Asaka Junior Chamber Incorporation" iaitu satu daripada 11 kategori anugerah khas yang diberikan kepada pelajar Malaysia yang menyertai pertandingan itu.

Dalam temubual dengan Bernama di sini, Alfa berkata, ini adalah kali ketiga beliau menyertai pertandingan lukisan itu anjuran bersama Jabatan Pelajaran Pulau Pinang; May Asaka Center, Jepun; dan Perpustakaan Awam Pulau Pinang.

Katanya, bahan lukisannya itu seperti tulang ikan dan tali diperolehi daripada gurunya.

"Melalui tulang ikan itu, saya menggunakan daya imaginasi untuk melukis apa yang saya sentuh dan rasa ke atas kanvas," katanya.

Terdahulu, ketika merasmikan pameran lukisan berkenaan di Dewan Sri Pinang di sini, Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas berkata, pertandingan itu bukan sahaja menonjolkan budaya kedua-dua negara malahan mengasuh pelajar untuk lebih peka kepada kehidupan manusia dan alam sekitar.

Katanya, aktiviti seperti ini juga memberi peluang kepada pelajar untuk mempamerkan bakat mereka di samping mengukuhkan kerjasama erat kedua-dua negara.

Program "Ikatan Persahabatan Melalui Lukisan" pelajar-pelajar Malaysia-Jepun telah bermula sejak 1987 dan sehingga kini ia melibatkan pertukaran lebih 30,000 karya lukisan pelajar.

Turut hadir pada majlis itu ialah Konsul Jeneral Jepun ke Pulau Pinang, Hideaki Hoshi, dan Pengarah Jabatan Pelajaran Pulau Pinang, Ibrahim Mohamad.

-- BERNAMA
 

<- Back  1  2 

Continue->

“Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang lebih lurus.”
(Al-Isra: 9)
Selamat Berpuasa Kepada Seluruh Umat Islam
" SEMOGA RAMADAN KALI INI LEBIH BERERTI "


Selamat Menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Ke-51
" PERPADUAN TERAS KEJAYAAN "
Wujud Sejak
19 April 2008

Tarikh kemaskini
30 Ogos 2008
 
Today, there have been 2 visitors (7 hits) on this page!
© Pekdis Mersing 2008 : DEDIKASI UNTUK ANAK BANGSA This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free